Tabung Kawen

Saturday, October 31, 2015

Luka jahitan perineum bernanah/luka

Salam. 

Kpd sesiapa wanita yg baru sahaja melahirkan anak dan mengalami luka perineum bernanah / luka seperti simptom pedih ketika berjalan, basuh dengan air garam / rebusan mAnjakani / sapu lendir manjakani pada luka agak pedih yg dirasakan.. Sila lah check keadaan luka terutamanya bila dah lebih 20 hari berpantang. Waktu ini nurse kkia tak datang rumah dah jadi kita kena pantau sendiri luka kita.

Sesiapa yg dah teliti memang ada nanah atau luka/ darah, eloklah jumpa doctor. Mereka akan bagi ubat sapu nama foban cream untuk disapu pada luka perineum dengan ubat makan antibiotik namanya cloxacilla 250mg. Ubat ni berbentuk kapsul. Bila makan ni memang kencing berbau lah kan. Sape2 yang ada jangkitan saluran kencing tu elok sgt la makan ubat nama ni tau. 

Ubat ni tak boleh beli over the counter. Kena consult dg doktor dulu baru boleh dapat. 



Saturday, October 24, 2015

Day 26 of Confinement day

Update. 

1. Masih sakit pd luka perineum. (Bengkak di bahagian jahitan dan luka dah bercantum)

2. Masih sakit pd pundi kencing. Bila pegang sakit perit. Lepas habis pantang akan refer doc gynae semula. 

3. Bila jalan still rasa heavy je bahagian bawah. Mungkin jugak effect drpd pundi kencing tu. 


Monday, October 19, 2015

Kronologi lepas bersalin

Salam. 

Hari ni dah 21 hari berpantang. 

Mandi 2x sehari. Pagi dan petang. 
Pergi toilet pun 2-3x sehari.

Benang yg doc kali ni pakai benangnya tebal. Tak jugak reput. Dahla terjuntai je keluar. Mengakibatkan kegatalan yg amat! Suruh nurse gunting, memang takdela depa nak tlg gunting. Diorang takut la kot kalau2 jahitan terbuka ke apa. Masalahnya susah sgt ke nak gunting sikit supaya kita rasa selesa utk duduk dan berjalan? Bukannya suruh gunting habis. 

Makan memang terjaga habis. Banyak makan roti + nutella, roti cicah susu/milo, nasi + sup kosong ikan bilis sawi / daun sup. 

Berat badan 47kg. Tak turun lagi. Payah jugak nak turunkan badan lepas bersalin. Masa sebelum lahirkan imani berat 43kg. Lepas bersalinkan imani berat jadi 46kg. Skrg lepas bersalinkan wafri berat jadi 47kg. Harapnya dpt la turunkan lagi sikit. Bukan pa, yg berat nya lemak di perut payah sgt nak hilang. 

Berbengkung dan bertungku jgn dilupa. Balik je dr hosptal terus btungku dan berbengkung. Nak perut tegang balik jgn lupa letak kapur + asam limau nipis. Sapu kt perut pastu lapik la atas perut tu napkin. Lepas tu baru pakai bengkung. 

Air minum 1 gelas. Lepas beberapa jam minum lagi segelas. Minum sikit tapi kerap. 

Perut pula dah kempis takdela buncit macam mula2 bersalin. Tapi tak sekempis zaman anak dara lagi. 

Luka perineum still sakit2 walaupun dah 3 minggu. Bahagian alat sulit pun terasa berat bila berjalan. Dari zaman lahirkan imani tahun lepas sampai ke hari ni lahirkan wafri memang ada sakit tu tiap kali berdiri dan berjalan especially mula2 nak melangkah kaki tu. Sakit nya sampai terpaksa pegang bawah seolah2 ada benda nak jatuh. Faham? 

Bila tanya bidan, dia cakap normal. Stgh org memang akan rasa cmt. Stgh org takde plak. Tapi ianya akan hilang bila dekat2 nak habis pantang nanti. 

Thursday, October 8, 2015

37w4d


Checkup weekly. 

Doc check perut. Rasa kedudukan baby. Tak jumpa kepala baby n he tought baby dah move to upside. 

Doc scan dan baby dh pun masuk laluan. Dia check ada contraction sikit dan he decided to do ctg scan dan check bukaan pangkal rahim. 

Dipendekkan cerita, bukaan 4cm dan mmg ada contraction sikit. Doc suruh i admit ward tp i decided utk balik rumah jap utk packing brg anak dl. Sbb x estimate pun nak bersalin time tu. 

Pregnancy kali ni mmg tiada keluar sebarang tanda nak bersalin. Cuma mengeras biasa2 yg boleh ditanggung. So i dtg ke urmc unikl semula utk get ready bersalin around 10pm. 

Pd jam 4:30am, baru la terasa contraction every 10min.  Masa ni dilated 6cm. Jam 6:50am dah mula nak meneran walaupun tak pecah air ketuban lg. Doc dtg n pecahkan dalam masa 9-10 min meneran lahirlah putera kami.

Berat baby :2.41 kg. Kecil sikit dari imani.