Wednesday, September 23, 2020

Interview Penolong Jurutera JA29 KKR

 Assalamualaikum semua. Apa khabar? 

Saya dapat email 3 minggu awal untuk prepare interview. So pada harini Saya baru je selesai interview gred JA29. Tanpa buang masa, kita teruskan dengan soalan panel.

 Soalan panel ni bergantung pada panel tu sendiri.. dan bagi saya , ikut rezeki masing2. Ada yg dapat soalan mudah, ada yg susah. Yang susahnya bila kita study benda lain, keluar benda lain. Takde langsung tanya bab kementerian / jabatan. 

Basically, seorang pengerusi (warga spa) dan ahli (warga jkr yg merupakan gred tinggi drpd gred yang kita mohon). 

First thing first, 

Ketuk pintu dan bagi s a l a m.

Panel akan terus minta resume dan lain-lain sijil. Serahkan kesemua sekali. Saya asingkan dua fail. Mudah untuk dirujuk.

Soalan pengetahuan am

1. Siapa bapa pembangunan malaysia?

2. Siapa bapa kemerdekaan malaysia?


Soalan teknikal

1. Apakah scaffolding?

2. Apa yang ada dalam pelan lantai? 


Soalan pengalaman praktikal

1. Apa beza air valve dengan scour valve. 

2. Penanaman paip dr bawah tanah berapa meter? 

3. Lepas tanam paip , letak apa atas tu? 


Situasi 

1. Contoh bos u last minute bagi kerja harini . Padahal dah nak balik jam 5petang. Dia suruh u siapkan esok juga untuk dihantar, walhal u ada plan dengan anak nak pergi kenduri,  apa u buat? 

2. Kalau ada kes emergency , seperti tanah runtuh, u diarah oleh bos untuk pergi settlekan masalah tu. apa yang u buat?


To be honest, saya x study pun apa yang ditanya. 

Perasaan mengatakan tak lulus tu tinggi. 

As a conclusion, kita kerja jelah apa yang ada sekarang. Bersyukur punya kerja. Dan jangan pernah berhenti untuk mencari rezeki di tempat lain. Dan jangan pula terlalu berharap. Ada rezeki adalah. 


Semoga selamat semuanya yang bakal interview. 






Monday, July 6, 2020

Pasembor sedap di Penang

Hai assalamualaikum.

Mungkin ramai tertanya2, makanan apa yang best dekat Penang? Kalau aku, aku pilih pasemboq penang. Aku google punya google, ramai dok promote GANY PASEMBOR DAN HUSSAIN PASEMBOR.

malam kedua aku di Penang, aku pergi ke HUSAIN PASEMBOR. Aku tak p GANY.
Masa ni queue panjang. Musim pkp ni semua orang tak jaga kecuali kami sekeluarga. Dengan ada yang tak pakai face mask nya. Itu tak kisah la, yang penting KITA JAGA  KELUARGA KITA SENDIRI.

Review.
Harga rm32 untuk husain pasembor. Boleh makan 4 orang punya sebab portion banyak. Kami tak ambil seafood sebab memang tak makan. Harga pun dalam rm15-rm20 seekor. Cucur udang rm2.00- rm2.50. Lain2 dalam rm1.50 sebiji macam tu . Rasa dia macam mana? MANIS. TAK PEDAS. Mungkin bagi orang penang sedap. Bagi kami kurang . 😆

Keesokannya, kami repeat di tempat yang sama, kedai yang berbeza. Cuma kedai ni tak perlu beratur. Tapi bila makan, lagi sedap daripada HUSSAIN PASEMBOR. Pedas, manis semua cukup. Tapi tak semanis HUSAIN PASEMBOR.

                                                           HUSAIN PASEMBOR.
                    🌷Kuah cair sikit, penuh dengan cabai merah x berapa halus hahaha.
                    🌷 Kuah manis , tak pedas. Tak sesuai untuk diabetes.
                    🌷 bila makan banyak jadi muak sebab tak pedas.
                    🌷 kena beratur panjang macam gany pasembor
                    🌷 yang ni harga rm32 . Memang boleh la makan buat 4 orang. Kuantiti dalam 13 pcs.
 
SHARIFF PASEMBOR
🌷kuah pekat likat dan sedappp!!!                  
🌷tak payah beratur macam gany dan hussain
                       ðŸŒ·kuah pedas + manis. Tak muak makan banyak. 
Ni buat makan harga rm17. Dalam 5 pcs camtu . 2-3 orang makan. 

Saturday, April 4, 2020

Pernah tak Korang cuba Join minat partner ?

Pernah dan sedang. Mengikut waktu .

Kalau dia ride motor, korang cuba ikut. Kalau boleh ikut, ikutlah. Kalau malas, tak payah.
Kalau dia main game online, cuba join. Dulu aku tak join dan tak minat, ada satu ketika aku rasa bosan tak tahu nak buat apa, jadi aku download game online tu.. PUBG.

Aku pun try main. Sekali addicted sekejap. Time dia main tu, aku join walaupun hakikatnya aku tak pro pun main HAHAHA. Lepas tu aku try main sendiri tanpa partner.
So aku main sendiri jelah. Ada lah sekali dua merasa chicken dinner. HAHAHA.
Walhal masa tu ada anak kiri kanan.
Anak aku dah besar so boleh la lari sekejap untuk buang kan stress di kepala.

Now, Aku tak main dah pubg sejak buat lasik 14 Feb 2020 haritu.
Sampai lah sekarang aku tak main dah. Aku cuma tengok jela orang main .
Takut mata rosak balik kan. Sebab spend untuk buat lasik pun Rm4000 . buat di KPJ ipoh.


Now aku pun jarang guna laptop itupun sekejap jelah. Time nak siapkan kerja atau layan movie. Siapkan kerja sebulan sekali je. Sib baikkk.
Nak main game dah terlalu kurang.

Next entry pasal Lasik pulak sebab aku tahu ramai orang nak buat lasik tapi tak kesampaian kan.
Nanti aku story kronologi bertahun aku plan buat lasik.

See ya

Hi There

Fuh. Lama nya tak update blog. It's been a while.
Last update pasal pregnancy dan post pregnancy.

I officially nearly 31 year old in 2020.
Masuk dunia blog ni sebenarnya dah lama. dari zaman remaja lagi hahaha . :p

Life? Great.
Anak dah 2 orang. sepasang.
Masih dok dengan mentua. Silap2 sampai tua dengan mereka .. :))
Nak beli rumah , mahal sgt. tak masuk akal harganya.
I'm surely most of you pun ada yg masih tinggal sebumbung dengan keluarga / mentua walaupun dah kahwin kan.

Kerja ?
Masih di Perak.
Tapi lari bidang kerja dengan belajar. but it's ok. rezeki dimana-mana.
kerja jgn memilih. Just follow the flow.
dah 7 tahun kerja. amazing kan inilah kerja yg paling lama sepanjang hidup. hahahaha.

Husband ?
Rezeki dia kerja government. start 2018 after kilang Memc Ipoh shutdown 2016 if i'm not mistaken. Ok lah. Didalam rezeki dia, ada rezeki keluarga.Disebalik rezeki tu .. ada doa yang tak pernah putus-putus iaitu doa ibu dan isteri.

Kids?
the Eldest one is already 6years and the 2nd one is already 5 years. Both of them school with her mama. Wafri is diagnosed as Autism Spectrum Disorder on May 2018. And he already got his OKU's card.  So far, jaga wafri ni ok je. Cuma tantrum biasa saja yang mana kita boleh handle. Speech delay also is the main problem. Now he can speak much. Not many. Just sikit sikit. As long as we still can understand what he asking for.

Oklah guys , Next time kalau teringat, will update more. Salam