Tabung Kawen

Tuesday, April 29, 2014

Pengalaman bersalin

Salam..

27.4.2014 (38w).

6.15am - bangun pagi buang air. Lps tu Contraction setiap 10-15min. Inform suami jam 6.45am yg sy dah agak akan bsalin mcm aritu jugak.

9.15am - turun tanda darah setompok dua. Then contraction tetap sama. Rasa contraction tu mcm mengeras aje. Takde sakit pinggang semua.

10am - biras call suruh g hosp tp x pegi lg takut dialate baru 1cm. So tunggu husband balik dr kl jam 1.50pm. While otw to ipoh, suami accident. Ok dugaan time tu besar. Jd kelam kabut.

3.50pm - dah sampai hosp, dah register apa semua siap buat CTG scan, seluk2 (yg mana plg menyampah dan seram for the 1st time). Seluk oleh u41 pny peg perubatan siswazah yg suka seluk2 mmg kasar orgnya . sampai bleeding. Ok mmg sakit sampai terkeluar jugak suara ngerang. Siap kepit lg . bayangkan cmane rasa sakit nya tu. Mmg trauma la kena seluk.. Masa ni dialated 3cm dan admit wad, mintak 1st class nasib baik ada kosong. Mmg best. Alhamdulillah bilik ada aircond, 2 katil dan selesa.

9.30pm - dah mula xsedap duduk. Mmg sama rasa contraction yg sy ckp dr mula . nak lelap pun xblh pasal setiap 10min dia mengeras tp takde rasa nak teran pun masa ni. Tekan loceng ckp kat sister situ yg sy sakit mintak dia cek perut. Dia check perut berapa kerap contraction dan ada nurse dtg seluk. Tp kali ni nurse ni lembut sikit. Xde bleeding mcm ptg td mula2 yg agak kasar. Mengerang tetap ada tp kuatkan hati igt Allah waktu ni. Dialated 7cm terus nurse amik wheelchair, terus run ke labour room.

9.45pm - siap dlm l.room sorang2, doc india lelaki muda seluk pulak. Pun sakit jugak sampai angkat bontot. Dialated 8cm. Terus dia cadangkan nak pecahkan air ketuban. Dia amik 1 stick ni, then masuk jari dia lg then tembak. Mmg sy dpt rasa mcm ada bunyi pop dr dalam. Sakit nya usah ckp sbb bg sy pecahkan air ketuban manually lg sakit dr air ketuban pecah sendiri Sbb seluk kali ke-4 dah time ni. Dah mmg trauma kena seluk time ni. Masa ni dah start sakit,contraction kerap + rasa nak meneran sgt kuat. Masa ni sy dah suruh doc panggil suami dkt luar . kalau x paksa diorg, diorg x kan bg suami masuk.

10.30pm -12.53am : suami masuk pegang tgn sy stiasa. Stiap contraction mmg sy teran walau suami ckp jgn teran, sy degil ckp xblh.... Nak teran sgtttt. Mmg terasa mcm sy teran berak keras. Walau sy tarik nafas hembus nafas pun tetap sama. Nurse ada bg ubat tahan sakit, konon kurangkan sakit.. Tp bg sy sama je kalo x amik so better jgn la amik. Sy lg ngantuk. Sampai tertido 10min, pastu teran lg siap tarik bdn suami nak peluk pny psl.

Then diseluk lg oleh midwife ni. Usia dlm 50s . sy ckp nak teran, dia ckp teran je. Dia nak tgk sy pandai teran ke x. Benda ni xpayah org ajar, automatik kita sendiri rasa pandai tetiba. Suami disisi spjg proses kelahiran berlaku. Dia la yg tgk midwife tu gunting bwh sy, baby keluar, usap kepala sy spjg kelahiran. Ya Allah beruntung sy waktu ni ada suami yg sentiasa support sy. Tepat jam 12.53am, lahirlah puteri sulung kami.. 28apr2014.

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dan bg kenikmatan sakit bersalin. Sungguh slps mjadi ibu, Sy bertambah syg pd mama yg asyik jd teman gaduh sy.

No comments:

Post a Comment