Tabung Kawen

Monday, October 19, 2015

Kronologi lepas bersalin

Salam. 

Hari ni dah 21 hari berpantang. 

Mandi 2x sehari. Pagi dan petang. 
Pergi toilet pun 2-3x sehari.

Benang yg doc kali ni pakai benangnya tebal. Tak jugak reput. Dahla terjuntai je keluar. Mengakibatkan kegatalan yg amat! Suruh nurse gunting, memang takdela depa nak tlg gunting. Diorang takut la kot kalau2 jahitan terbuka ke apa. Masalahnya susah sgt ke nak gunting sikit supaya kita rasa selesa utk duduk dan berjalan? Bukannya suruh gunting habis. 

Makan memang terjaga habis. Banyak makan roti + nutella, roti cicah susu/milo, nasi + sup kosong ikan bilis sawi / daun sup. 

Berat badan 47kg. Tak turun lagi. Payah jugak nak turunkan badan lepas bersalin. Masa sebelum lahirkan imani berat 43kg. Lepas bersalinkan imani berat jadi 46kg. Skrg lepas bersalinkan wafri berat jadi 47kg. Harapnya dpt la turunkan lagi sikit. Bukan pa, yg berat nya lemak di perut payah sgt nak hilang. 

Berbengkung dan bertungku jgn dilupa. Balik je dr hosptal terus btungku dan berbengkung. Nak perut tegang balik jgn lupa letak kapur + asam limau nipis. Sapu kt perut pastu lapik la atas perut tu napkin. Lepas tu baru pakai bengkung. 

Air minum 1 gelas. Lepas beberapa jam minum lagi segelas. Minum sikit tapi kerap. 

Perut pula dah kempis takdela buncit macam mula2 bersalin. Tapi tak sekempis zaman anak dara lagi. 

Luka perineum still sakit2 walaupun dah 3 minggu. Bahagian alat sulit pun terasa berat bila berjalan. Dari zaman lahirkan imani tahun lepas sampai ke hari ni lahirkan wafri memang ada sakit tu tiap kali berdiri dan berjalan especially mula2 nak melangkah kaki tu. Sakit nya sampai terpaksa pegang bawah seolah2 ada benda nak jatuh. Faham? 

Bila tanya bidan, dia cakap normal. Stgh org memang akan rasa cmt. Stgh org takde plak. Tapi ianya akan hilang bila dekat2 nak habis pantang nanti. 

No comments:

Post a Comment